Thursday, December 11, 2014

RUMAH SEWA RENGIT BATU PAHAT JOHOR

LOKASI RUMAH SEWA DI TIANG LETRIK NO. 155 DI KAMPUNG JAMBI DARAT

SUDAH BERDEKATAN PARIT MADIRONO/PARIT BETAK

500 METER DARI PASARAYA IMPIAN HATI,

ADA 2 BUAH RUMAH KOSONG...SEBUAH UNTUK HOMESTAY


DIALU-ALUKAN PELAJAR PRAKTIKAL DEKAT DENGAN SEKOLAH SEPERTI SMK PARIT BETAK, SK PERPAT, SK SRI BAHAGIA, SK SRI JAYA....ATAU ORANG BEKERJA DAN SEBAGAINYA... UNTUK MENYEWA SINGKAT DENGAN HARGA BERPATUTAN (RUMAH HOMESTAY) SIAP PERABUT.....BERDEKATAN DENGA LOKASI AIR HITAM,PARIT RAJA, KLUANG,BATU PAHAT..(PERJALANAN DALAM 15 MINIT).

-Berdekatan dengan Bandar RENGIT
-berdekatan dengan pasaraya IMPIAN HATI sesuai untuk membeli-belah
-Berdekatan dengan MAYBANK, AGROBANK, ,BSN 10MINIT

HUBUNGI NINA 0129406914-WATTSAP AND TELEGRAM 0R 076901490 RUMAH..
(HJ. SUMERI-0143130742-WATTSAP/076980819)
(HJH HASNAH-0136740055/0197884304-WATTSAPP)






...

Tanah Lot Banglow Rengit Batu Pahat

-1minit ke Rengit..maybank...agrobank...pasaraya hup seng....
-luas 50x90....
- siap tambak tanah...
-pm or wattsap 0129406914 untuk info tanah
-harga rumah terlalu mahal...yom beli tanah lot banglow...

Sunday, November 16, 2014

Tips cara nak beli tanah lot

Proses Jual Beli Tanah

Carta alir proses jual beli tanah.

Setuju harga beli.Tandatangan surat jual beli dan bayar deposit (10%).Isi borang permohonan pindah milik.Hantar borang permohonan ke pejabat tanah untuk kelulusan Menteri Besar. (yuran RM70.00)Surat kelulusan dikeluarkan dalam masa 2 minggu.Mengisi borang 14A pindah milik di hadapan pegawai tadbir tanah. (yuran penyaksian RM10.00)Bayar baki harga beli (90%)Bayar setem hasil di LHDN. (contoh setem hasil RM300 jika tanah bernilai RM30 ribu ke bawah) Permohonan tukar nama oleh pejabat tanah. (yuran RM50.00 jika nilai tanah di bawah RM30 ribu)Geran baru dikeluarkan atas nama pemilik baru dalam masa seminggu.


Perkara-perkara penting.

Semua dokumen harus diisi menggunakan pen dakwat cair berwarna hitam.Cukai tanah sedia ada harus di bayar.Dokumen yang diperlukan 5 salinan KP penjual dan pembeli yang disahkan, 1 salinan perjanjian jual beli.


Tips
Semua urusan eloklah dan boleh dilakukan oleh pembeli supaya cepat kecuali semasa mengisi borang 14A dihadapan pegawai tadbir tanah dimana penjual wajib hadir.Kebiasaannya penjual mahukan baki wang 90% sebelum mengisi borang permohonan kelulusan Menteri Besar. Mungkin cara yang terbaik ialah memastikan ia dibayar menggunakan "bankers cheuqe" dan memastikan surat perjanjian di "endorse" oleh Pesuruhjaya Sumpah.Jika rasa susah lantik peguam untuk uruskan lebih selamat.

cara membeli tanah lot dari peringkat mengenalpasti tanah sehingga proses tukar nama. Antara perkara utama yang perlu anda lakukan:


1. Setelah mengenalpasti tanah yang hendak dibeli melalui iklan-iklan (Mudah.my, akhbar, flyers ataupun rakan-rakan), cuba hubungi individu ‘incharge’. Tanya serba sedikit mengenai tanah tersebut (lokasi, saiz, harga dsb). Kemudian aturkan temujanji untuk melawat tapak.


2. Melawat tapak tanah lot tersebut semasa sesi temujanji untuk memastikan tapak tersebut wujud.


3. Semasa sesi temujanji tersebut pastikan anda berjumpa berjumpa tuan tanah / wakil penjual tanah yang diiklankan. Pada masa ini tuan tanah / wakil penjual tadi sudah semestinya akan membawa dokumen (geran, contoh S&P, pelan dan lain-lain dokumen)untuk ditunjukkan kepada anda.


4. Semak geran yang original, pastikan tanah yang anda lihat itu sama kedudukan atau lokasi didalam geran. Kemudian semaklah pula nama pemilik tanah dan no kad pengenalan tuan tanah. Pada masa ini tanyalah apa sahaja berkaitan tanah tersebut, pastinya orang yang anda jumpa itu dapat menjawabnya.


5. Jika anda masih ragu-ragu, ambil no Geran dan no Lot tanah tersebut. Kemudian anda pergi sendiri ke Pejabat Tanah yang berkaitan dengan tanah tersebut untuk membuat Carian. Jika tanah di kawasan Klang maka pergilah Pejabat Tanah Klang untuk buat carian. Ini bagi memastikan geran yang ditunjukkan kepada anda adalah original dan pemilik yang sah.

(Langkah 5 ini digunapakai jika anda ragu-ragu pada Langkah 4 tadi)


6. Pastikan samada tanah tersebut tanah lot geran individu / surat ikatan amanah. Tiada masalah pada kedua-duanya, ini adalah proses pembelian tanah lot. Jangan risau, samada lot geran individu / surat ikatan amanah, kedua-duanya sah menjadi tanah anda serta mengikat waris (keturunan) anda dan tanah ini boleh dibeli dan dijual semula pada bila-bila masa. Cuma proses yang berbeza ini adalah mengikut keadaan tertentu tanah tersebut. Aku akan perincikan pada post yang akan datang.

Post : Dokumen Pindahmilik Tanah - Borang 14A VS Surat Amanah


7. Jika telah bersetuju proses seterusnya adalah untuk membayar ‘booking’ atau deposit. Pada masa ini anda perlu meminta dokumen pembayaran / resit (yang menyatakan no Geran, no Lot dan butiran didalam geran, salinan kad pengenalan penerima wang anda dan salinan geran.


8. Seterusnya proses tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Jika anda pernah berurusan dengan kami, pada kebiasaannya kami akan terus menyiapkan dokumen S&P ini pada Langkah 7 tadi. Bayar deposit dan terus tandatangan S&P. Ini untuk memastikan pihak pembeli terus mendapat perjanjian Jual Beli tersebut dan pembeli akan berasa lebih terjamin kerana didalam perjanjian itu segala butiran jual beli, bayaran deposit, baki bayaran ada dinyatakan (lebih selamat dan sudah ‘legal’).


9. Dalam tempoh tertentu bayaran penuh perlu dibuat. Siapkanlah ‘banker cheque’ untuk membuat bayaran penuh dan terus buat penyaksian Pindah Hakmilik pada hari yang sama di Pejabat Tanah yang berkenaan dan terus daftarkan permohonan tersebut. Proses keluar geran baru mengambil masa tidak lebih dari seminggu jika di Selangor. Tetapi biasanya kami perlukan masa 2 minggu untuk penyerahan geran terbaru takut-takut kekangan masa. Jangan risau pastikan anda buat proses Pindah Hakmilik dan didaftarkan. Setelah didaftarkan sudah pastinya tanah itu menjadi milik anda.


10. Akhir sekali minta salinan Geran / Surat Ikatan Amanah yang sudah didaftarkan danpelan juruukur. Tanah ini sudah menjadi milik anda dan anda mempunya dokumen yang sah. Anda kini bebas untuk membuat apa sahaja di tanah anda. Nak bercucuk tanam, membina rumah atau sebagainya, terpulang kepada anda.


Itu sahaja sedikit perkongsian berkenaan cara membeli tanah lot. Jangan malu untuk bertanya kepada sesiapa yang tahu tentang perkara ini, Malu Bertanya Sesat Jalan. Pastikan hak anda terjamin…


Wednesday, January 29, 2014

Tanah Dijual- 4 lot selot antara RM110k -RM130k untuk dijual di Jambi Darat Rengit Batu Pahat

Tanah Lot Untuk Dijual Di Jambi Darat Rengit.

- Keluasan 50x90 ( 5500 kps )
-harga siap tambak tanah...
- Lokasi yang strategik dan sistematik
- Harga yang berpatutan dan mampu milik.
-Tanah bergeran.
-Lokasi tiang letrik no.10.
- Hanya 2 minit dari Maybank, Agro bank, Pasaraya Hup Seng, barangan perabot secondhand di Pekan Rengit
- Kepada yg berminat, sila hubungi kami di talian :-

012-9406914
07-6901490